![]() |
| Mawar Putih |
Dalam dunia ini telah mempunyai pelbagai jenis warna, ada orang kata
mempunyai 10 juta warna, ada orang kata tidak dapat dikirakan. Warna yang
berbeza juga mempunyai maksud yang berbeza. Warna yang saya sukakan dan pilih
setiap kali adalah warna putih dan hitam, jika tidak dapat kedua-dua warna,
saya akan pilih warna kelabu dan biru. Warna putih bermaksud kesucian dan
kesempurnaan. Tetapi dalam mawar, mawar putih mewakili cinta sejati.
Sebaliknya, warna hitam bermaksud sedih dan kematian tetapi ia juga mewakili
kerahsiaan dan kelahiran semula. Maksud bagi mawar hitam tidak semestinya bagi
kematian, ia juga mewakili seseorang jalan keluar dari kesedihan atau putus
cinta untuk mengadakan kehidupan yang baru atau cinta yang baru.
Warna biru bermaksud kepercayaan dan keamanan tetapi mempunyai orang
berkata “Monday Blue” yang bermaksud Melankolik Isnin. Maksud
bagi mawar biru ialah harapan bagi cinta tersebut adalah mustahil. Ia maksud
orang itu tidak akan cintai saya kecuali keajaiban berlaku.
Akhirnya, warna kelabu mewakili kebosanan dan kekotoran tetapi ia juga boleh
bermarsud kecerdasan, keselamatan, kematangan dan keteguhan. Malangnya, ia tidak ada maksud dan kemuncuran bagi
mawar kelabu tetapi mempunyai satu restoran di Kanada yang bernama Grey Rose
Restaurant and Suites. Warna yang pilihan utama saya masih warna putih dan
hitam.












