Michael's Daily Life n Dream

I'm gonna to learn more magic to perform. Besides, also want to learn about music, singing and even I don't like that is how to be a great Entrepreneur.

Saturday, March 29, 2014

Warna

Mawar Putih

Dalam dunia ini telah mempunyai pelbagai jenis warna, ada orang kata mempunyai 10 juta warna, ada orang kata tidak dapat dikirakan. Warna yang berbeza juga mempunyai maksud yang berbeza. Warna yang saya sukakan dan pilih setiap kali adalah warna putih dan hitam, jika tidak dapat kedua-dua warna, saya akan pilih warna kelabu dan biru. Warna putih bermaksud kesucian dan kesempurnaan. Tetapi dalam mawar, mawar putih mewakili cinta sejati. Sebaliknya, warna hitam bermaksud sedih dan kematian tetapi ia juga mewakili kerahsiaan dan kelahiran semula. Maksud bagi mawar hitam tidak semestinya bagi kematian, ia juga mewakili seseorang jalan keluar dari kesedihan atau putus cinta untuk mengadakan kehidupan yang baru atau cinta yang baru.

Warna biru bermaksud kepercayaan dan keamanan tetapi mempunyai orang berkata “Monday Blue” yang bermaksud Melankolik Isnin. Maksud bagi mawar biru ialah harapan bagi cinta tersebut adalah mustahil. Ia maksud orang itu tidak akan cintai saya kecuali keajaiban berlaku. Akhirnya, warna kelabu mewakili kebosanan dan kekotoran tetapi ia juga boleh bermarsud kecerdasan, keselamatan, kematangan dan keteguhan. Malangnya, ia tidak ada maksud dan kemuncuran bagi mawar kelabu tetapi mempunyai satu restoran di Kanada yang bernama Grey Rose Restaurant and Suites. Warna yang pilihan utama saya masih warna putih dan hitam.

SUASANA DI UNIVERSITI UTARA MALAYSIA



Ini akan menyebabkan saya berfikir balik semasa orientasi saya. Dalam orientasi itu, staf pusat ko-kurikulum telah memberikan satu perkara yang istimewa iaitu semesta ini pihak universiti hendak membuka kelas kokurilum yang istimewa untuk melatih pelajar supaya pelajar dapat mewakili Universiti Utara Malaysia untuk menyertai pertandingan. Ia hanya buka sebanyak tiga jenis sukan iaitu para motor, golf dan memanah. Bagi sesiapa yang berminat kepada sukan tersebut dan ingin menjadi atlet UUM, sila pergi tempat tertentu pada masa tertentu. Ini juga memberikan tawaran yang baik, tidak perlu mengambil sain sukan dahulu terus masuk ke sukan tertentu.

Pada hari tersebut, saya telah menghadiri ke tempat golf dan memanah. Pelatih telah mengajar saya bagaimana main golf dan memanah. Malangnya, saya tidak dapat mengambil bahagian dalam sukan tersebut untuk mewakili UUM untuk menyertai pertandingan. Sebabnya adalah syarat untuk membuka kelas atlet sukan tersebut tidak mencukupi. Orang yang hadir bagi sukan golf hanya satu orang sahaja iaitu saya, dan bagi sukan memanah lebih baik sikit berbanding dengan golf adalah empat orang termasuklah saya. Syarat minimam untuk buka kelas adalah mesti mempunyai 15 orang pelajar. Oleh sebab itu, saya tidak dapat mengambil bahagian. Ini juga kerana pada masa orientasi tersebut, banyak pelajar tertidur ataupun sedang mimpi tidak dapat mengetahui peristiwa tersebut.

Monday, March 10, 2014

Kerjaya (SBLM1023)

           Semesta ini adalah semesta akhir bagi pelajaran saya dalam Universiti Utara Malaysia. Kursus yang saya ambil adalah tentang pengurusan risiko dan insurans. Semesta berikut merupakan praktikum bagi kursus saya. Bidang yang saya akan ceburi adalah syarikat berhad sebagi contoh Malaysia Airport Holdings Berhad, Galaxy Macau dan syarikat berhad di luar negara yang lain.

           Sebab saya ceburi ke syarikat berhad, iaitu saya hendak menyetahui bagaimana mengesan dan menilai risiko bagi syarikat berhad, dan juga bagaimana menguruskan risiko yang telah digetahui. Selain itu, saya ingin pergi ke luar negara kerana saya ingin mengetahui kehidupan di pelbagai negara di luar Malaysia, adakah sama, atau berbeza? Jika berbeza, berbeza dalam segi apa.Saya hendak belajar dan mengetahui pelbagai pengetahuan adalah bagi saya mengembangkan perniagaan ibubapa itu, iaitu restoran menjual mee di Kuala Lumpur. Selain habis pelajaran, saya akan dapat pengetahuan tetapi tiada semua pengetahuan pun boleh dapat melalui pelajaran, sesuatu pengetahuan hendak melalui pengalaman, pengalaman bekerja di luar negara, hidupan di luar negara.