Michael's Daily Life n Dream

I'm gonna to learn more magic to perform. Besides, also want to learn about music, singing and even I don't like that is how to be a great Entrepreneur.

Saturday, March 29, 2014

Warna

Mawar Putih

Dalam dunia ini telah mempunyai pelbagai jenis warna, ada orang kata mempunyai 10 juta warna, ada orang kata tidak dapat dikirakan. Warna yang berbeza juga mempunyai maksud yang berbeza. Warna yang saya sukakan dan pilih setiap kali adalah warna putih dan hitam, jika tidak dapat kedua-dua warna, saya akan pilih warna kelabu dan biru. Warna putih bermaksud kesucian dan kesempurnaan. Tetapi dalam mawar, mawar putih mewakili cinta sejati. Sebaliknya, warna hitam bermaksud sedih dan kematian tetapi ia juga mewakili kerahsiaan dan kelahiran semula. Maksud bagi mawar hitam tidak semestinya bagi kematian, ia juga mewakili seseorang jalan keluar dari kesedihan atau putus cinta untuk mengadakan kehidupan yang baru atau cinta yang baru.

Warna biru bermaksud kepercayaan dan keamanan tetapi mempunyai orang berkata “Monday Blue” yang bermaksud Melankolik Isnin. Maksud bagi mawar biru ialah harapan bagi cinta tersebut adalah mustahil. Ia maksud orang itu tidak akan cintai saya kecuali keajaiban berlaku. Akhirnya, warna kelabu mewakili kebosanan dan kekotoran tetapi ia juga boleh bermarsud kecerdasan, keselamatan, kematangan dan keteguhan. Malangnya, ia tidak ada maksud dan kemuncuran bagi mawar kelabu tetapi mempunyai satu restoran di Kanada yang bernama Grey Rose Restaurant and Suites. Warna yang pilihan utama saya masih warna putih dan hitam.

No comments:

Post a Comment