Ini
akan menyebabkan saya berfikir balik semasa orientasi saya. Dalam orientasi
itu, staf pusat ko-kurikulum telah memberikan satu perkara yang istimewa iaitu
semesta ini pihak universiti hendak membuka kelas kokurilum yang istimewa untuk
melatih pelajar supaya pelajar dapat mewakili Universiti Utara Malaysia untuk
menyertai pertandingan. Ia hanya buka sebanyak tiga jenis sukan iaitu para
motor, golf dan memanah. Bagi sesiapa yang berminat kepada sukan tersebut dan
ingin menjadi atlet UUM, sila pergi tempat tertentu pada masa tertentu. Ini
juga memberikan tawaran yang baik, tidak perlu mengambil sain sukan dahulu
terus masuk ke sukan tertentu.
Pada
hari tersebut, saya telah menghadiri ke tempat golf dan memanah. Pelatih telah
mengajar saya bagaimana main golf dan memanah. Malangnya, saya tidak dapat
mengambil bahagian dalam sukan tersebut untuk mewakili UUM untuk menyertai
pertandingan. Sebabnya adalah syarat untuk membuka kelas atlet sukan tersebut
tidak mencukupi. Orang yang hadir bagi sukan golf hanya satu orang sahaja iaitu
saya, dan bagi sukan memanah lebih baik sikit berbanding dengan golf adalah
empat orang termasuklah saya. Syarat minimam untuk buka kelas adalah mesti
mempunyai 15 orang pelajar. Oleh sebab itu, saya tidak dapat mengambil
bahagian. Ini juga kerana pada masa orientasi tersebut, banyak pelajar tertidur
ataupun sedang mimpi tidak dapat mengetahui peristiwa tersebut.
No comments:
Post a Comment